Anda penonton yang ke:

Sabtu, Disember 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Semalam merupakan hari lahirku yang seterusnya. Aku mengharapkan ucapan daripada seseorang yang amat aku rindui. Seharian aku menunggu namun aku hampa. Walaubagaimana pun aku rasa bersyukur kerana pada tahun ini bilangan org yang mengingati dan mengucapkan selamat lebih bertambah jika berbanding tahun- tahun yang lalu. Sepupuku yang tidak pernah menyapaku selama ini pun ada jg.

Tiada kek harijadi maupun present, tp seperti tahun2 sudah aku pasti menyediakan juadah untuk di kongsikan bersama teman- teman. Kali ini aku masak pulut durian. Aku agihkan di tempat kerjaku dan di rumah pengasuh anakku yang sememangnya ramai sanak saudara mereka. Tak lupa juga aku hantar ke rumah kak long walaupun agak jauh dari tempat tinggalku. Semua itu buat aku sibuk dan berasa amat gembira. Ia dapat mengubat sedikit kehampaan aku. Yang paling penting, secara keseluruhannya di hari ulang tahun kelahiranku kali ini aku amat gembira. Anakku pun dah mula pandai ucapkan happy birthday kat aku dan beri ciuman yang banyak. Ya Allah! Terima kasih di atas kurniaan perasaan gembiraku ini.

Ahad, November 13, 2011

COOL SUNDAY

Hari ahad yang cukup nyaman, mendung dan mendamaikan.
bila pandang aje ke arah dapur, wah! banyaknya kerja nak kena bereskan.
kalau pandang ke arah tv, nak sangat tengok cerita kegemaran, tp anakku takkan bagi peluang.
bila tengok ke arah bilik, nyamannya.. rasa nak baring je atas katil tu dan lelapkan mata sepuas hati sambil berangan2... tp buang masa saja!
habis tu...
aku mula terpandang pada novel2ku yang tersusun rapi.
teringin nak baca tapi aku tak sedia lagi nak membuai perasaan mengikut situasi watak utama.
kadangkala baca novel ni buat aku rasa cemburu dengan kesudahan yang mengembirakan.
aku kat sini belum nampak kegembiraannya.
hero sebenarku yang lama ku nanti tidak muncul2 lagi untuk menyelamatkan aku yang hampir kelemasan.
siapalah yang sudi jadi heroku. aku bukannya seorang puteri yang cantik yang menjadi igauan setiap putera.
bukan juga seorang primadona yang menjadi kegilaan ramai.
jauh sekali menjadi seorang wanita melayu terakhir bagi setiap jejaka.
hmmm... habis tu aku ni mcm mana?
bosanlah bila datang feeling macam ni... buat aku down aje...
rasa cam nak nangis....
mak..... ayah.... waaaaa.......

Sabtu, September 24, 2011

Aku ni selalu mencari masalah.... Mulanya aku fikir tiada lagi cinta hadir dalam hidupku setelah rumahtanggaku runtuh hampir 3 tahun lalu. Tapi kini seseorang telah hadir dan cuba mengetuk pintu hatiku. Susah untuk aku menerima kehadiran dia meskipun telah berkali - kali diluahkan isi hatinya pada diriku. Banyak sangat perbezaan antara aku dan dia. Baik dari segi usia, perwatakan dan latar belakang. Tetapi aku rasakan seolah- olah pintu hati telah sedikit terbuka untuk dirinya. Kenapa? Kerana aku rasakan dia begitu lain, pandai memujuk, lemah lembut dan cukup sabar dengan karenahku. Setakat hari ni aku dah buat bermacam- macam supaya dia pergi jauh dariku, supaya dia cari cinta yang lain. Tapi makin aku buat perangai makin dia datang berharap denganku. Kalau nak dikatakan dia mencari harta kebendaan dari ku, aku rasa dia lagilah lebih selesa hidupnya berbanding diriku. Pernah satu ketika dulu aku cuba menghindar dari dia dapat menghubungiku. Hampir setahun lamanya. Aku ingatkan dia sudah serik dan sudah mendapat cinta yang baru. Tapi aku silap. Dia masih menunggu dan masih menagih cinta dariku. Apa sebenarnya yang dia nak dariku? Adakah tujuan kehadirannya untuk mengecewakan aku seperti mana yang aku dapat dari lelaki lain sebelum ini? Makin aku fikir makin aku jadi takut. Pernah suatu hari aku luahkan kepadanya yang aku takut untuk menerima cinta darinya. Aku takut dia tidak dapat menerima aku yang sudah beranak satu. Tapi aku pulak dimarahinya kerana alasannya aku ini terlalu berfikiran sempit dan selalu fikir yang bukan- bukan. Salahkah aku berfikiran begitu? Klau apa yang aku fikirkan itu akan menjadi kenyataan pasti aku akan merana lagi. Tapi malam tadi aku telah buat satu perkara yang bodoh. Aku tak patut keluar dengan lelaki lain. Pada mulanya berat rasa hati untuk keluar, tapi bila aku fikirkan antara aku dan lelaki itu cuma kawan biasa dan aku telah lama mengenali dia berbanding cinta baruku, aku jadi keluar dengan dia. Tapi sepanjang masa aku keluar dengan kawanku itu aku rasa tak senang hati, fikiranku sering melayang teringatkan cinta baruku. Rasa bersalah makin menebal. Sehingga saatini aku rasakan aku telah melakukan kesilapan yang astinya kalau dia tau pasti timbul perbalahan. Apa harus aku lakukan... Hatiku sehingga sekarang rasa tenang.

Isnin, Ogos 01, 2011

CAMTU RUPANYA DENGGI

   Baru aku tau camtu rasanya kena denggi. Lemah abis satu badan. Sesah nafas hanya Allah saja yang tau. 5 hari dimasukkan ke wad banyak memberikan aku petunjuk dan buat aku banyak berfikir.
   Hari pertama aku dimasukkan ke wad aku dihantar dengan ambulan ke HKL. masa tu hanya Allah yang tau keadaan aku camner. Kepalaku sakit. Demamku tinggi, tenagaku lemah sekali. Ya allah! sakitnya.
   Hari kedua aku dimasukkan ke wad. Aku keseorangan menanggung sakit. Air dimasukkan berbotol- botol ke dalam badanku. aku mengalami alahan ubatan menyebabkan mataku bengkak sebelah. Doktor terpaksa berhentikan ubatan itu. Kalau aku tak silap itu adalah ubat antibiotik yang aku sendiri tak pernah mendengar nama ubat itu. Tiada siapa datang menjengukku sehinggalah sebelah petang. Aku dilawati oleh nurul, anak saudara pengasuh Amir. Nurul ditemani oleh Abby yang juga saudara mara Nurul yang baik juga dengan aku.
   Hari ketiga aku dimasukkan ke wad, barulah adikku, Zan dan abang ipar aku datang melawat. Kemudian disusuli oleh rakan niagaku, Kak Aniza. Kalau nak difikirkan sepanjang 6 hari dimasukkan ke wad hanya seorang saja rakan sekerjaku datang melawat. Sedih juga aku rasa. Tapi aku harus sabar. Mungkin Allah nak berikan aku satu ganjaran yang besar dan mungkin Dia nak beri aku keuntungan yang berlipat ganda dalam perniagaanku.
   Tapi ada satu hal yang aku risau. Ex aku yang dah setengah tahun menyepi, hilang tanpa berita tetiba muncul kembali seolah2 tiada apa berlaku dan tiada rasa bersalah langsung apabila dia mengabaikan tangungjawabnya selama ini. makin kerap plak dia menghubungi aku dan buat aku naik rimas. Lain macam plak aku tengok perangai dia. Aku harus hati- hati dengan dia kerana aku risaukan kalau- kalau ada udang disebalik batu.

Isnin, Julai 04, 2011

ADAKAH ITU BENAR?

   Hari ini macam- macam terjadi padaku. Demam yang aku alami sejak minggu lepas tak juga sembuh. Selsemaku ini sentiasa buat hidungku berair, kepala pening, mulut berat aje nak bertutur. Badan plak rasa sakit sana, sakit sini. Serba tak kena.
   Dalam keadaanku seperti itu aku terima plak panggilan dari emak. Panggilan yang aku x nak jawab buat masa ni. Tetapi aku tidak dapat menolakuntuk menjawab panggilan itu kerana emak yang call. Aku dah tau apa tujuan mak call.
   Benar sekali dugaan aku. Mak meminta duit dariku supaya dia boleh mengikat jamin adikku yang sedang dalam tahanan akibat dadah. Hatiku ketika itu rasa kecewa kerana mak terlalu mengikut emosinya walaupun semua org menasihatinya agar dia bersabar menantikan pihak mahkamah menjatuhkan hukuman.
   Hampir bertekak aku dengan mak tadi kerana geram dengan sikap mak yang tak mau mendengar nasihat ayah dan anak- anak yang lain. Bukannya aku tidak mau ikat jamin adikku itu. tapi kalau difikirkan sekali lagi, cara itu bukannya menolong adkku tapi membuatkan dia tidak sedar dan tidak insaf dengan kesilapan yang dia buat. Bimbang kalau- kalau suatu hari nanti dia akan ulangi lagi tanpa rasa takut kerana dia tahu mak akan merayu pada kami adik beradik untuk usahakan dia keluar dari lokap. Geramnyaaaaaa...... Hanya Allah saja yang tahu apa yg ada dalam hatiku.
   Jam menunjukkan hampir 6 petang.Aku sepatutnya berjumpa dengan kak iza pukul 6 kerana dia berjanji nak bawa aku ke pusat rawatan alternatif islam memandangkan demam aku tak juga sembuh dan semangatku makin menurun. Di fikiranku ini masih memikirkan hal di kampung. Pasti mak sedang bermasam muka. Pasti mak sedang marahkan aku, mengata aku, mengutuk aku kerana tidak mahu mengikut apa yang emak mahu.
   Akhirnya dengan hati yang tulus ikhlas dan penuh keredhaan aku bulatkan hati aku untuk setuju memberikan mak duit yang dia mahu itu. Mungkin ini dugaan yang Allah berikan kepadaku agar rezekiku di masa akan datang lebih murah dan mendapat barakah. Lagipun aku baru memulakan perniagaan secara serius. Andaikata aku dikutuk, di caci oleh emakku, di manakah keredhaan yang seharusnya aku perolehi.
   Bagiku pada saat ini aku amat memerlukan restu dah doa dari ibuku agar hidupku suksess dan perniagaanku semakin berkembang dan diredhai Allah.
   Adakah pemikiran aku ini salah? ada juga aku terfikir, andaikata aku tidak menurut kemahuan ibuku dalam soal adikku,ianya bukan satu kesalahan. kerana yang benar kita turuti, yang salah(batil) kita ingkari. Tetapi sebentar kemudian datang pula sekali lagi tekadku agar aku berikan saja apa yang emak mahukan sementara belum ajal. nanti kalau mak dah tak ada menyesal tak terkira kerana buat emak menangis kesedihan.
   Aku gagahkan jua diriku dan keluar ke bank untuk tujuan itu. Apakah tindakan aku ini salah? tidak bijak? atau mengikut perasaan? aku keliru...

Selasa, Jun 21, 2011

AMIR OH AMIR!

     Satu demi satu hobiku berubah. dari menjahit berubah kepada memasak. macam- macam aku dah cuba masakan baru. ada yang sedap ada yang hancur! pastu bertukar pulak kepada membaca novel. pelbagai novel telah aku beli. tapi dalam 5 novel aku baru sempat baca 2 buah saja. 3 buah lagi masih elok dalam bungkusan. tak sempatlah nak habiskan. balik rumah badan dah letih, mata dah mengantuk
     selepas itu hobi aku bertandang di rumah pengasuh amir. balik kerja aje, bukannya terus ambik amir dan balik, tetapi berborak- borak di kedai kak lang bersama- sama dengan saudara mara kak lang yang lain. tak ubah seperti ramai lelaki yang melepak di warung kopi.
     Namun semua itu tidak kekal. aku mula berfikir sendirian. balik dari rumah pengasuh dalam pukul 7 malam aku rasa begitu letih sekali. rumahku yang telah lama ku biarkan bersepah menjadikan aku rasa tidak tenang dan tidak selesa berada di rumah. sedangkan aku begitu sayangkan rumah sewaku ini. jadi, aku perlu lakukan perubahan. perubahan ke arah kebaikan.
     habis sahaja waktu bekerja aku tidak berlengah lagi. aku terus saja ke rumah pengasuh untuk mengambil amir dan terus pulang ke rumah. hasilnya aku dapati aku dapat rehat lebih di rumah dan aku mula mengemas rumahku sedikit demi sedikit. tetapi aku naik geram apabila aku kemas cantik- cantik rumahku, amir pula sepahkan semula. apabila aku terpijak mainannya ketika aku berjalan menyebabkan aku geram. geram sangat.
     aku sedar, tak guna marahkan amir kerana sepahkan mainan. budak- budak apalah yang dia tau. tapi aku perlu berikan amir satu pengajaran. aku mengambil penyapu dan pencedok lantas aku menyapu mainan amir masuk ke dalam pencedok.
     "ibu, kenapa ibu sapu mainan amir?" tanya amir.
     "ibu nak buang. amir tak pandai kemaskan mainan selepas bermain. ibu dah penat kemaskan mainan amir tapi amir sepahkan semula."
     "jangan, ibu. itu mainan amir. amir sayang mainan amir." sambil memengang penyapu di tanganku supaya aku hentikan menyapu mainannya.
     "baiklah! kalau amir x nak ibu sapu semua mainan amir, lebih baik sekarang amir kutip semua mainan amir." aku mengarahkan dengan nada yang memujuk.
     tanpa berlengah lagi amir memasukkan semua mainannya ke dalam bakul mainan. barulah sedap mata ini memandang lantai. bersih. barulah aku ada mood nak mop lantai. hasil dari kejadian itu, kerjaku menjadi semakin mudah. apabila aku dapati mainan amir bersepah aku akan suruh dia kutip dan amir segera mengutipnya tanpa banyak alasan.
     memang amir seorang anak yang mudah diurus. aku sayangkan amir.

Jumaat, April 22, 2011

Apa aku nak buat hujung minggu ni?

sweet-ice-cream-animals

tidur ok gak kan… tp x kan nak tidur je sampai 2 hari penuh…

eh! tapi hari ahad aku ada kelas masak memasak…

hah…. x la bosan sangat… esok kemas2 rumah baik punya.. hari ahad kalau dah balik kelas memasak tu blh aku lepak2…

Selasa, Mac 29, 2011

Ya Allah! Aku tengah marah ni...

   Aku naik angin petang ni. Ada klien call aku cakap dia tak tau camner nak bagi susu perahan kat anak dia bila dia dah mula masuk kerja. Aku ni dengan hati yang benar- benar ikhlas call klien tu balik supaya datang bertemu dengan aku supaya aku senang beri penerangan dan tunjuk ajar bagaimana cara nak menjayakan hasratnya itu.
   Sebaik sahaja klien datang berjumpaku aku pun dengan semangat berkobar- kobar memulakan tunjuk ajarku. Tetapi aku mula naik geram apabila si minah perfect tu mula mencelah. Mula- mula sekali mencelah, aku diamkan lagi. Kemudian dia mencelah lagi. Aku dah angkat kening. Tapi dia buat dek aje. Tapi aku sabar lagi dan teruskan peneranganku. Tapi makin menjadi dia mencelah.
   Paling aku naik angin apabila si murai pun galak datang mencelah sambil nak tunjukkan bahan promosi yang baru kami terima. dia tak tau aku dah modified bahan promosiku agar mudahkan aku dan klien menggunakannya.
   Sebenarnya saper yang nak ajar klien ni? aku atau dia? Kalau dia tu nak sangat terangkan kepada klien tu kenapa tak dari mula lagi cakap kat aku, senang sikit. tak menyakitkan hati aku. Respeklah sikit apa yang aku usahakan. Kalau nak tunjuk hebat pun janganlah wat camtu depan klien. Nanti klien gelak aje. sini nak bercakap, sana pun nak bercakap. yang mana satu seharusnya klien nak dengar?
   Yang lagi tambah menyakitkan hati aku sampai aku rasa meluap- luap marahnya bila si minah perfect tu beri kat klien tu nombor fon si murai tu dengan berkata bahawa si murai tu pakar motivasi! Hangin aku. abis tu yang aku berbuih mulut beri penerangan dari tadi tu apa? salah ke maklumat yang aku sampaikan tu?
   Kenapa korang suka sangat sakitkan hati aku ha??? Kenapa? Mungkin korang fikir korang je yang pandai selama ni kan. korang fikir aku ni zero dalam otak ni kan? ataupun korang rasa tercabar bila aku pun boleh tandingi kehebatan korangkan? selama ni aku dah banyak dengar aduan dari org menyatakan korang ni selalu fikir korang jer yang betul. orang lain semua salah.
   kalau sekali lagi perkara ni terjadi, aku takkan berdiam diri. korang akan tau apa aku nak buat nanti. orang lain boleh korang buli. tapi tidak aku. mungkin aku baru bekerja di situ tapi aku pun bukan sehari dua dalam bidang ini. jangan kau nak tunjuk hebat sangat. ada benda yang korang tak tau tapi aku tau dan begitu juga sebaliknya. tapi gaya korang ni macam korang ni berlagak pandai pada semua benda. sedarlah diri tu skit.
   aku berdoa agar suatu hari nanti korang sedarlah dari perangai buruk korang tu. semoga Allah berikan pengajaran yang setimpal pada perbuatan korang yang telah banyak menyakitkan hati orang lain dengan lagak pandai korang tu. Insyaallah!



Aku Nak Teruskan hidup Ini...

   Minggu lepas banyak cerita2 yg buatkan aku sedih. Kebanyakaanya perangai kawan2 yg cukup menyakitkan hatiku. Pada awalnya aku nak tak nak ambil kisah apa yang mereka bicarakan. Tapi lama keamaan aku dapati mereka makin melampau.
   Aku sendiri tak pernah kisah siapa suami mereka, apa pekerjaan suami mereka dan anak mereka tu berjaya atau tidak. tapi dalam diam2 mereka berbicarakan tentang aku, tentang suamiku, tentang kisah aku yang banyak perkara yang mereka sebenarnya tak tau kisah sebenarnya. berani sungguh mereka ni.
   Dalam diam2 hatiku membara, marah, geram dan meronta mau pergi marahkan mereka semua. Namun setelah aku fikir berkali2 untuk apa akumarahkan mereka. bukannya makin memulihkan masalah aku tapi makin mengeruhkan keadaan.
   Kenapa mereka ni mcm x de kerja sangat. kalau rasa2x de kerja sangat cuba kuar dan pergi kutip sampah yang belambak kat luar tu. kutip daun2 kering. ada faedahnya. leh jugak kuarkan peluh tu dari terus menebalkan lemak kat badan tu. geram sungguh aku rasa.

Sabtu, Mac 12, 2011

Dia tak sudi rupanya

11 mac - aku call kak long. hajat di hati nak bawa jantung pisang ke rumah dia. blh aku nikmati jantung pisang itu bersama2 dengan family dia. rupanya dia tidak senang dengan hajatku itu. katanya esok suaminya tak bekerja. dia nak berjalan2 bersama2 familynya.
   kalau sebelum ini dia selalu ajak aku join sekali. tapi sekarang tidak lagi. dia seolah rasa aku ni penyibuk aje. nak kata aku tak terasa tu tipulah. terasalah juga sikit2... tapi nak buat camner. u r not invited! sedih plak. nak wat pe esok ni? setakat lepak kat rumah dan tengok tv je? x best.
   nak kuar jalan2 ngan anak? tapi ke mana? tak best kalau kuar berdua ngan anak jer... rasa cam kurang jer... kalaulah ada ***** kan best. paling kurang lengkap sikit rasanya. tapi semua itu hanyalah angan2.. impian yang pasti kosong dan sekadar angan2 aje.
 
12 mac -  sekarang ni... aku sedang menulis blog, sementara anakku sedang menonton 'jungle juntion' sambil berselimut. kat luar pulak mendung menanti hujan. mungkin sudah renyai2. udara menghembus dingin sekali. kalau tinggal di lereng bukit memang nyaman rasanya. cuma sunyi saja jiwaku.
   kenapa kak long tak memahami apa yang aku rasakan? kenapa kak long tak terfikir kenapa aku begitu suka menghabiskan masaku di hujung minggu di rumahnya? laaaa.... camner dia nak tau, dia bukannya pernah alami apa yang sedang aku alami. dia bukannya tau selagi aku tak beritahu. lagipun jarang sekali suaminya tidak bekerja di hujung minggu. pastinya kali ini dia ingin menikmati saat2 bersama keluarganya. (aku pujuk hatiku sendiri lah ni....)
   sampai bilalah hidupku seperti ini? hanya Allah saja yang tau. apakah ini yang aku suka? tidak!!! sama sekali tidak!

Rabu, Mac 09, 2011

AKU TENGAH DIET NI!!!

Hari ni aku mula berdiet berdasarkan perkiraan kalori. awal pagi aku dah bawa periuk letrik aku ke tempat kerja dengan harapan ada juga rakanku nak berdiet bersama- sama denganku. Rupanya haya seorang sahaja rakanku ingin menyertai hasrat murniku itu.
   Aku meminta Kak K untukmenolongku memebeli sedikit barang dapur yang serba ringkas supaya kami masak sendiri di bilik rehat nanti. Harapanku agar aku dapat makan sama2 dengan rakan2ku tidak kesampaian. Namun aku tidak terlalu hampa dengan adanya sorang saja pengikut. Tak pe... nanti aku nak buktikan yang aku berjaya... baru sehari aku cuba... ada masa lagi... semoga kesihatan aku semakin baik dan semakin aku cergas dan menarik.

12 mac- aku dah berjaya 3 hari diet dengan mengira kalori aku. cuma tak bersenam lagi  setakat hari ni. hari ni aku rebus jantung pisang. berapa agaknya jantung pisang ni ye? aku harap tak lebih dari 50kal aje. aku buat sup ayam sikit dan aku menikmati makan tengahariku seorang diri. sedihnya...

15 mac- dah seminggu aku cuba turunkan berat badanku dengan kaedah pengurangan kalories intake. siang harinya aku berjaya. tp di malam hari teruk amat! sampaikan nak tidur malam masih teringat nak makan! padahal perut aku bilang udah kenyang.
   Kevin selalu hantar email bertanyakan progres diet aku. malang sekali aku nyatakan yg masih tiada perubahan. padahal sepatutnya aku dah berjaya turunkan 1kg. ni semua gara2 makan malam. uhhhhgggg!!! gerammmmm!!!!

24 MAC - x de turun juga timbangku... kak siti turun juga 1.5kg tp aku x berubah langsung... geramnyaaa...

Ahad, Mac 06, 2011

IMBAU MASA LALU

   Sedang enak menjamu selera tetiba aku terpandang pada helmet hijauku yang agak berhabuk di sudut mejaku yang bersepah dengan pelbagai barang yang belum aku kemaskan. Nampak sangat aku ni malas nak berkemas. Tapi untuk apa aku nak berkemas. Bukan ada mak nak bebelkan aku. Bukan ada suami nak komplain kat aku. Anakku hanya tau makan, minum, main, tgk tv dan tidur. Baru berusia 4 tahun apalah yang dia tau.
   Pasal helmet aku tadi tu. Aku amat menyayanginya. Banyak nostalgia aku bersama helmet itu. Bila ku kenangkan balik, mau saja air mata ini berguguran. Semuanya indah belaka. Mau saja ku mohon pada Allah agar aku kembali semula ke masa itu dan aku mau lalui semula saat indah aku di sebuah perkampungan yang agak pendalaman.
   Di situlah aku ditugaskan buat pertama kali dalam hidupku. Walaupun pada mulanya aku tidak suka tempat itu kerana ia amat jauh dari keindahan bandar dan segala kemudahan yang biasa aku kecapi tiada di situ. Ketika itu aku berhasrat untuk mengisi borang pertukaran secepat mungkin. Lagipun mak aku juga mengeluh apabila melihat aku terpaksa di tempatkan di kawasan 'jin bertendang'.
   Lama kelamaan aku semakin seronok tinggal di situ. Semakin ramai kawan- kawan yang aku kenali. Di situ juga aku mula pandai bergaul dengan lelaki. Walaupun hanya beberapa orang sahaja staf lelaki di tempat kerjaku itu tapi ia sudah cukup untuk aku bergaul dengan mereka dengan baik.
   Dalam diam tak diam aku telah bertugas di situ selama 5 tahun di situ. Terlalu banyak kenangan indah, pahit, manis, suka, dukaku di situ. Dengan helmet itu aku pecut motorku ke merata tempat. Siapa sangka ketinggianku yang tak seberapa ini mampu menunggang motorsikal 110cc dari satu daerah ke daerah lain. Bersama rakan-rakanku yang turut sama menunggang motorsikal, kami kerap kali menghabiskan masa berkelah di air terjun yang berhampiran.
   Setiap kali kami pergi berkelah, pasti ada saja kenangan indah dan sesuatu yang baru yang aku pelajari. Indahnya saat itu.....

Isnin, Februari 21, 2011

EBI & MILA - MY HEART

   Hari ni bangun2 jer si comel dah mintak nak main game. Katanya nak main game helikopter. Aku pulak nak tengok citer Duhai Si Pari- Pari kat you tube. camner ni? Last2 aku wat dek jer. Dia pulak merajuk terus jer buka tv dan menikmati kartun2 kesukaannya.
   Sepanjang hari kami saling bertukar- tukar antara menonton tv dan juga melayari internet. Macam aku ni bukannya chatting pun tapi lebih suka melayan fb dan juga menulis di blog ini. Kalau aku menulis di blog ini mulalah aku tak sedar masa berlalu pantas. Ye lah. Bila aku menulis pasti aku melayang2 seolah2 aku berada di dalam duniaku baik dunia di masa silam atau pun dunia khayalan. Paling tidak hilang juga kebosanan aku. Hinggakan aku terlupa tentang majlis yang sepatutnya aku hadiri siang tadi.

Sabtu, Februari 19, 2011

PENAWAR KALBU: Hukum Merokok

PENAWAR KALBU: Hukum Merokok: "Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama ..."

Sibuklaaa....

   Apalah korang ni. Sibuk nak korek pasal hidup kau. Pasal rumah tangga aku. Padahal aku tak pernah tanya pun rumahtangga korang camner. Tak pernah tanya pun sape laki korang dan seangkatan dengannya. Yang korang nak sibuk tau pasal aku kenapa? Supaya senang nak bawak mulut, citer/ canang kat org lain plak ker?
   Ni dah tak leh nak guna bahasa buku dah ni. Geram sangat. Kalu penulis novel Sharifah Abu Salim tengok ni mau jer dia reject karya aku nanti. Itu pun kalu aku hantar kat dia. Memang aku tau aku ni jenis cakap direct jer. Tapi aku tak pernah kacau orang. Kalu aku suka kacau org memang layaklah org kacau aku jugak.
   Ya Allah! Teruklah orang- orang di sekeliling aku. Kenapa suka sakitkan hati aku? Depan aku bukan main manis muka. Tapi kat belakang aku sibuk bercakap pasal aku. Muka PLASTIK betul korang tau tak. Aku tak nak lagi sound lebih2 kat korang. Nanti kan gaduh besar pulak. Mengamuk Murai Tua jer korang pernah tengok kan... Mengamuk aku korang lom tau...
   Korang ingat best sangat ker hidup aku ni yg korang nak jadikan bahan bualan? Siutlaaa. Carilah keje yang berfaedah sikit. Ataupun kerja- kerja yang masuk duit dalam poket korang sikit. Bila dah cukup tu pergi haji. Tobat banyak- banyak.
 

Jumaat, Februari 18, 2011

Tolong...

   Hari ni seperti biasa aku bekerja. Hari ni agak sibuk sikit namun hatiku begitu tenang melaksanakan tugasanku. Tepat jam 12.40pm aku cuba timbang berat badanku. Alamak!!! Oucchhh!!! I'm speechless. Ya Allah! Benarkah apa yang aku lihat ni?
   Berat badanku naik 3kg berbanding dengan minggu lepas! Gilaaaaa..... Kenapa jadi begini? Aku makan nasi betul- betul ikut sukatan yang di sarankan. Lauk pun sekadar ulaman dan ikan rebus. Tapi kenapa berat badan begitu mendadak naik. Nak menangis pun ada rasanya.
  

Rabu, Februari 16, 2011

Mengantuk

   Sahlah... aku tak juga mengantuk. Dari malam tadi sampai sekarang mata ni tetap segar. Tiada sedikit pun rasa mengantuk. Ini semua kerana petang semalam dah terlebih tidur. Pastu malam tadi aku minum 3 cawan kopi pekat.
   Sah- sah gi kerja ari ni aku akan mengantuk ataupun kurang ceria. Perasaan mengantuk biasanya akan datang pada pukul 10 pagi. Ketika itu aku betul- betul dalam keadaan yang amat sibuk. Semua orang nak cepat. Pada ketika inilah seorang rakan kerja tu yang aku gelarkan dia 'Murai Tua' akan mula mencicit dan membingitkan telinga aku dan rakan- rakan yang lain.
   Bos, maafkan aku kalau hari ini aku kelihatan sugul sekali. Semua ini kerana aku tak tidur semalaman. semuanya salah aku juga. I'm sorry!

SELAMAT TINGGAL 2010... ASSALAMUALAIKUM 2011

Indahnya menjelang tahun 2011. Timbul kembali perasaanku untuk menulis di blog ini. Ku tutup tirai 2010 serapat- rapatnya kerana terlalu banyak kisah duka lara yang harus aku cuba lupakan supaya 2011 aku harungi dalam keadaan yang meriangkan hatiku.

Siapa tahu... Moga 2011 menjanjikan aku sesuatu yang di luar jangkaan aku. Mungkin ada sinar bahagiaku bermula tahun ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Awal 2011 ini kerjayaku semakin stabil semula. Sejak 2005 kerjayaku begitu goyah kerana aku dikelubungi pelbagai cerita, nostalgia dan titisan air mata yang orang lain cuma bisa berkata,
"kesian awak."
"Awak kena tabah ye..."
"Allah nak menguji awak kerana awak memang mampu hadapinya..."

Tapi aku sendiri tidak pasti sama ada kata- kata mereka itu peransang bagiku atau mengejek aku. Mereka tidak rasakan apa yang telah aku rasakan. Ada mata hanya melihat kesilapan aku. Ada mata hanya melihat hidupku macam drama di televisyen. Yang perit menanggungnya adalah aku.

Selamat tinggal 2010. Terima kasih Ya Allah kerana aku dipilih oleh-Mu untuk meneruskan kehidupan di tahun 2011. Walaupun beberapa hari yang lalu terjadi beberapa kisah yang hampir menitiskan air mataku, namun semua itu angkara tindak tandukku yang kurang bijak pada tahun 2010.

Aku amat yakin, Allah mengasihani aku, dia mendengar setiap apa yang aku luahkan dan Dia amat sayangkan aku...