Anda penonton yang ke:

PUISI

SEDIH

Maafkan aku kawan
Aku terpaksa melakukannya
Maafkan aku kawan
Setelah kian lama aku memerhatikanmu

Andainya tidak tertera namaku di facebookmu
Bukan bererti kita putus sahabat
Cuma aku sedar,
Aku ini sekadar di pinggiran

Wujudnya aku atau tidak
Mungkin ianya antara sedar atau tidak
Layakkah aku ini, kawan
Bergelar sahabat buat mu?

Kadang- kadang aku sering terfikir
Di manakah aku sebenarnya di sisi kalian semua
Adakah hanya aku saja yang beriya- iya
Merasakan punya kawan, rakan dan sahabat.

Dalam aku meniti usia,
Tidakku sangka insan yang diam saja
Insan yang jarang menegur sapa ku selama ini
Dialah rupanya pengikut setiaku

Terima kasih aku ucapkan
Walau bukan kata- kata sekali pun
Aku tau kau tidak lupakan aku sebagai sahabatmu
Walaupun telah sekian lama kita tidak berbicara

Buat sahabat yang tidak tersenarai
Andai aku ini silap anggapan
Kau maafkan aku
Kerana aku benar- benar perlukan teman
Yang benar2 ikhlas mendampingiku.