Anda penonton yang ke:

SAMPAI BILA...

Bad Feelings...

  Sebelum ni sewaktu tak buat blog lagi terasa cam facebook tu membosankan dah. Macam tak de privasi bila nak luahkan sesuatu. Rasa mcm org lain mudah sangat nak tau masalah dan kelemahan kita. Tapi bila blog dan dicipta peraaan bosan masih ada. Walaupun boleh luahkan segalanya kat blog tanpa rakan sekerja tau tapi aku rasa suatu hari nanti mesti ada juga antara rakan sekerja terjumpa blog aku ini dan mula mengetahui apa yg aku luahkan di sini.
   Bila ada blog, aku rasa aku masih tetap bosan, sunyi dan rasa macam tak de kawan. Aku rasa jiwa aku kosong sangat. Terasa seolah- olah aku sendirian dalam sebuah sangkar yang mana tak de siapa pun tau kewujudan aku di kalangan mereka.
   Tahun demi tahun, usia makin meningkat. Anak makin membesar dan makin bijak dalam penilaian. Tapi aku merasakan aku semakin mundur dalam hidupku. Orang lain makin lama makin berjaya, makin kaya, makin ramai ahli keluarga, makin penuh kasih sayang makin bla...bla...bla... Ah! Semua itu membosankan aku. Semakin buat aku rasa sedikit cemburu. Semakin buat aku rasa tertekan.
   Kadang- kadang aku bertanya kepada diriku sendir. Kenapa aku alami nasib sebegini. Apakah maksud di sebalik semua yang aku alami? Apakah Allah nak beri kepadaku sebenarnya? Kata orang setiap masalah yang dialami pasti ada rahmat di sebaliknya. Namun aku masih tidak nampak rahmat itu. Aku masih menunggu sesuatu yang boleh aku katakan WOW! untuk segala apa yang aku rasakan kini.
   Bila aku sendirian, aku cuba berfikir, bilakan zaman yang paling aku rasakan jiwaku tenang, bahagia dan rasa amat beuntung? Zaman kecilku? tak juga. Aku selalu dipukul oleh orang tuaku kerana mereka kata aku terlalu degil dan pemalas.
   Zaman sekolah menengah? Masa tu aku rasa aku penuhtertekan sewaktu aku berada di asrama. aku rasa tidak bebas. bila kuar asrama aku dibebani dengan masalah keluarga. adikku yang ditimang2 oleh mak dan ayah mula terjebak dengan masalah sosial.
   Aku juga x de kawan ramai. Yang ada berawan denganku cuma boleh bilang dengan sebelah tangan. Banyak faktor2 yang aku rasa logik untuk menyokong keadaan itu. Tapi aku bersyukur kerana dalam keadaan seperti itu aku masih lagi mampu belajar dan mendapat keputusan SPM yang patut aku banggakan.
   Adakah aku gembira ketika aku bekerja di sebuah kilang? aku rasa memang aku gembira. Masa tu aku kenal erti cinta pertama. Masa tu aku kenal erti pergaulan dengan lelaki. Sedangkan zaman sekolah dulu aku hanya bergaul dengan perempuan aje. 100% perempuan aje. Kalau aku ada minat kat mana2 pelajar lelaki pun aku cuma minat dari jauh. Tak lebih dari itu.
   Kat kilang tu jugak aku ada masalah yang sama. Pergaulan. Aku tak de pun rakan karib yang ramai. Aku hanya ada Ida yang seusia denganku dan aku ada Kak Wan yang usianya amat jauh dariku yang layak aku panggil emak. Pekerja- pekerja lelaki juga tak ramai yang nak berkawan denganku. Tidak seperti pekerja- pekerja perempuan yang lain yang ada ramai kawan baik lelaki maupun perempuan. Mereka boleh keluar kemana- mana bersama- sama.
   Cinta pertama? Menang aku temui cinta pertamaku di situ. Abg D adalah jejaka pertama dalam hatiku. Tapi aku terlambat... Aku mungkin hanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin juga aku boleh lagi merebut hatinya pada ketika itu. Tapi aku bukan tiada hati dan perasaan. Tak mungkin aku nak berebut dengan wanita lain. Lagipun pada ketika itu aku dalam kejutan budaya dari segi pergaulan. Pengalaman bergaul dengan lelaki masih cetek.
   Walaupun cuma setahun aku bekerja di kilang itu, namun aku rasakan waktu itu cukup manis. Aku gembira dan aku akan kenang saat2 indah itu sampai tua. Mungkin juga sampai aku mati. Semuanya indah antara aku dan Abg D. Di saat ini pun aku masih terasa sebak kerana aku nak sangat kecapi kemanisan itu lagi bersama Abg D. Tapi semua itu satu perkara yang amat mustahil.
   Setelah setahun aku bergelar sebagai operatop pengeluaran, aku berjaya menempatkan diriku di sebuah kolej kerajaan. Itupun dengan bantuan Abg D. Dia yang isikan borang permohonan untukku. Kalau diikutkan hati aku dah tak mau sambung belajar lagi kerana aku hanya nak bersama- sama dengan Abg D. Tapi setelah dinasihati oleh Ida dan Kak Wan, aku gagah jua meninggalkan kilang itu dan menempatkan diriku di kolej yang jauh di utara tanah air. Pendek kata aku pergi dalam keadaan kecewa. Kesiannya!
   Kat kolej adakah aku gembira? Teramat gembira? Tidak. Masalah pergaulan juga tetap sama aku alami. Aku tak de rakan karib. Kalau aku berkawan pun sekadar aku antara yang last dalam senarai sesuatu kumpulan.Kabanyakannya aku menjadi tumpuan bila perkhidmatan aku diperlukan. Kadang kala terasa aku dibuli. Tapi aku tak boleh terus dibuli kerana setiap kali aku perasan ada orang suka mengambil kesempatan padaku pasti aku akan balas balik. So siapa berani nak kenakan aku. Mungkin juga akibat dari itu mereka takut nak berkawan denganku.
   Aku lebih banyak sendirian di kolej. Yang paling aku ingat, semasa aku di semester akhir aku agak rapat dengan pengajar aku. Semua ini gara- gara minat kami sama. Minat kepada cerita seram. Pengajar pula suka pula beli vcd yang baru untuk kami sama2 menonton di biliknya. Selepas kami menonton pasti kami keluar makan di gerai di pasar malam.
   Masih aku teringat lagi, ada suatu hari tu sedang asyik kami menikmati maknan yang kami pesan, pengajar aku terkejut besar bila terpandang seorang lagi pengajar kami sedang asyik bersuap- suapan dengan teman lelakinya di meja makan yang tak jauh dari kami. Menurut pengajarku rakan sekerjanya itu sudah bersuami dan masing2 tinggal berjauhan kerana kerja yang berlainan tempat. Memang aku terkejut kerana tidak menyangka dapat menyaksikan semua itu.
   Ketika di kolej ramai rakanku telah bertunang, berumah tangga dan berpacaran. Namun aku masih juga solo. Ada jugalah aku meminat seseorang tapi sekadar minat. Tak lebih dari itu. mulanya aku ingatkan aku cinta padanya tapi bila aku teringatkan Abg D, aku dapat rasakan yang aku sebenarnya masih harapkan cinta dari dia. Tapi aku sedar semua itu mustahil. Amat mustahil kerana menurut Ida, Abg D telah bergelar seorang ayah. Bahagianya hidup Abg D.