Anda penonton yang ke:

Selasa, Jun 21, 2011

AMIR OH AMIR!

     Satu demi satu hobiku berubah. dari menjahit berubah kepada memasak. macam- macam aku dah cuba masakan baru. ada yang sedap ada yang hancur! pastu bertukar pulak kepada membaca novel. pelbagai novel telah aku beli. tapi dalam 5 novel aku baru sempat baca 2 buah saja. 3 buah lagi masih elok dalam bungkusan. tak sempatlah nak habiskan. balik rumah badan dah letih, mata dah mengantuk
     selepas itu hobi aku bertandang di rumah pengasuh amir. balik kerja aje, bukannya terus ambik amir dan balik, tetapi berborak- borak di kedai kak lang bersama- sama dengan saudara mara kak lang yang lain. tak ubah seperti ramai lelaki yang melepak di warung kopi.
     Namun semua itu tidak kekal. aku mula berfikir sendirian. balik dari rumah pengasuh dalam pukul 7 malam aku rasa begitu letih sekali. rumahku yang telah lama ku biarkan bersepah menjadikan aku rasa tidak tenang dan tidak selesa berada di rumah. sedangkan aku begitu sayangkan rumah sewaku ini. jadi, aku perlu lakukan perubahan. perubahan ke arah kebaikan.
     habis sahaja waktu bekerja aku tidak berlengah lagi. aku terus saja ke rumah pengasuh untuk mengambil amir dan terus pulang ke rumah. hasilnya aku dapati aku dapat rehat lebih di rumah dan aku mula mengemas rumahku sedikit demi sedikit. tetapi aku naik geram apabila aku kemas cantik- cantik rumahku, amir pula sepahkan semula. apabila aku terpijak mainannya ketika aku berjalan menyebabkan aku geram. geram sangat.
     aku sedar, tak guna marahkan amir kerana sepahkan mainan. budak- budak apalah yang dia tau. tapi aku perlu berikan amir satu pengajaran. aku mengambil penyapu dan pencedok lantas aku menyapu mainan amir masuk ke dalam pencedok.
     "ibu, kenapa ibu sapu mainan amir?" tanya amir.
     "ibu nak buang. amir tak pandai kemaskan mainan selepas bermain. ibu dah penat kemaskan mainan amir tapi amir sepahkan semula."
     "jangan, ibu. itu mainan amir. amir sayang mainan amir." sambil memengang penyapu di tanganku supaya aku hentikan menyapu mainannya.
     "baiklah! kalau amir x nak ibu sapu semua mainan amir, lebih baik sekarang amir kutip semua mainan amir." aku mengarahkan dengan nada yang memujuk.
     tanpa berlengah lagi amir memasukkan semua mainannya ke dalam bakul mainan. barulah sedap mata ini memandang lantai. bersih. barulah aku ada mood nak mop lantai. hasil dari kejadian itu, kerjaku menjadi semakin mudah. apabila aku dapati mainan amir bersepah aku akan suruh dia kutip dan amir segera mengutipnya tanpa banyak alasan.
     memang amir seorang anak yang mudah diurus. aku sayangkan amir.