Anda penonton yang ke:

Sabtu, September 24, 2011

Aku ni selalu mencari masalah.... Mulanya aku fikir tiada lagi cinta hadir dalam hidupku setelah rumahtanggaku runtuh hampir 3 tahun lalu. Tapi kini seseorang telah hadir dan cuba mengetuk pintu hatiku. Susah untuk aku menerima kehadiran dia meskipun telah berkali - kali diluahkan isi hatinya pada diriku. Banyak sangat perbezaan antara aku dan dia. Baik dari segi usia, perwatakan dan latar belakang. Tetapi aku rasakan seolah- olah pintu hati telah sedikit terbuka untuk dirinya. Kenapa? Kerana aku rasakan dia begitu lain, pandai memujuk, lemah lembut dan cukup sabar dengan karenahku. Setakat hari ni aku dah buat bermacam- macam supaya dia pergi jauh dariku, supaya dia cari cinta yang lain. Tapi makin aku buat perangai makin dia datang berharap denganku. Kalau nak dikatakan dia mencari harta kebendaan dari ku, aku rasa dia lagilah lebih selesa hidupnya berbanding diriku. Pernah satu ketika dulu aku cuba menghindar dari dia dapat menghubungiku. Hampir setahun lamanya. Aku ingatkan dia sudah serik dan sudah mendapat cinta yang baru. Tapi aku silap. Dia masih menunggu dan masih menagih cinta dariku. Apa sebenarnya yang dia nak dariku? Adakah tujuan kehadirannya untuk mengecewakan aku seperti mana yang aku dapat dari lelaki lain sebelum ini? Makin aku fikir makin aku jadi takut. Pernah suatu hari aku luahkan kepadanya yang aku takut untuk menerima cinta darinya. Aku takut dia tidak dapat menerima aku yang sudah beranak satu. Tapi aku pulak dimarahinya kerana alasannya aku ini terlalu berfikiran sempit dan selalu fikir yang bukan- bukan. Salahkah aku berfikiran begitu? Klau apa yang aku fikirkan itu akan menjadi kenyataan pasti aku akan merana lagi. Tapi malam tadi aku telah buat satu perkara yang bodoh. Aku tak patut keluar dengan lelaki lain. Pada mulanya berat rasa hati untuk keluar, tapi bila aku fikirkan antara aku dan lelaki itu cuma kawan biasa dan aku telah lama mengenali dia berbanding cinta baruku, aku jadi keluar dengan dia. Tapi sepanjang masa aku keluar dengan kawanku itu aku rasa tak senang hati, fikiranku sering melayang teringatkan cinta baruku. Rasa bersalah makin menebal. Sehingga saatini aku rasakan aku telah melakukan kesilapan yang astinya kalau dia tau pasti timbul perbalahan. Apa harus aku lakukan... Hatiku sehingga sekarang rasa tenang.