Anda penonton yang ke:

Ahad, Oktober 13, 2013

Betul ke?

Lusa dah nak raya haji. Aku langsung x buat persiapan. Rumah mcm biasa ah,bersepah ah. Aku langsung x berminat nak Berkemas. Bukan blh balik kg pun. Kena kerja.

Sabtu, Julai 27, 2013

Ke Mana Hala Tujuku

malam ini adalah malam Ramadhan yang ke 18. malam ini hati aku bagai resah, gelisah. kepalaku sakit, berdenyut. sangat sakit sekali. ku telan panadol masih tak kurang sakitnya. ku mula terfikir, aku hanya berdua dengan anakku yang berusia 6 tahun. andai terjadi apa- apa ke atas diriku di dalam rumah ini apa akan jadi pada anakku? pandaikan dia minta bantuan dari jiran- jiran? nak buka mangga pintu rumah pun dia x pandai lagi, x sampai lagi. nak buat panggilan telefon pun dia masih belum pandai lagi. apa akan jadi?

aku runsing kalau apa yang aku risaukan jd kenyataan. di saat kecemasan tak de siapa nak bantu. kalau nak minta bantuan ayah anak aku tu mimpilah. siang blh tinggalkan mesej je. malam telefon dimatikan. takutlah tu. macamlah aku nak kacau sangat mlm dia tu. aku berfikir, apa yang harus aku lakukan.

permohonan aku untuk pulang bekerja di kampung belum lagi kesampaian. andai kata aku dapat bekerja di kampung dan menetap di kampung sekurang-kurangnya ada adik dan mak ayah. hari makin hari aku rasa aku sangat perlukan bantuan untuk besarkan anak aku. aku rasakan aku sendiri perlukan bimbingan dari seseorang untuk aku teruskan hidup. aku rasakan makin hari makin aku lalai. aku risau sangat. umur aku makin hari makin dimamah usia. macam mana aku nak bimbing anak aku lagi...

masalah aku ni... memang bermasalah...

Khamis, Julai 25, 2013

HATI INI

Hati ini
sungguh sensitif
tiap masa perlu dijaga hati- hati agar tidak terluka
hati- hati agar tidak meluka

hari ini
awal pagi hati ini tenang sekali
terasa damai sekali
terasa tenang di bulan ramadhan
damai tenang sekali

petang ini
terasa berbuku di hati
sebal sekali
mengeluh di hati

Selasa, Mac 27, 2012

Apakah Maksudnya?

 

Semalam aku bermimpi sesuatu yang aneh. Sudah berapa tahun aku tak pernah mimpi tentang hal itu. adakah kerana sejak kebelakangan ini aku selalu memikirkan dia dah sejarah hidupku?

Mimpiku itu bagaikan menurut kemahuanku aje apabila jam 3 pagi mimpi itu terhenti dek kerana aku terjaga dari tidur. kemudian mimpi itu bersambung lagi dan cerita dalam mimpi itu juga bersambung lagi sehingga aku terjaga apabila terdengar alarm pada handfonku yang menunjukkan sudah jam 5.30 pagi.

Sudah lama aku teringin untuk bertemu dengannya. betapa aku sebenarnya merindui dirinya. tapi malam tadi aku mimpi dia datang bersama-samaku dan memperkenalkan dirinya di hadapan beberapa org rakanku yang selama ini terlalu suka menjaga tepi kainku. betapa indahnya saat itu. perasaan itu seolah-olah sewaktu aku dan dia baru berkenalan dulu.

Namun sedang asyik aku menikmati kebahagian itu, aku terserempak dengan seeorang yang selama ini telah memisahkan kami berdua. yang selama ini membuatkan aku dan dan anakku kesepian dan dahaga kasih sayang. bagiku dia itu tamak dan terlalu mementingkan diri sendiri. aku tidak bencikan orang itu, tapi aku kesal dengan sikapnya itu.

Aku ingatkan aku akan kecewa lagi kerana sudah pasti org itu datang dengan tujuan untuk memisahkan kami berdua yang saling menyintai antara satu sama lain. rupanya org itu minta penjelasan siapa aku di hatinya. gembira hati ini bila dia katakan aku amat dicintainya dan selama ini dia merinduiku.

Aku ingatkan berlaku pertengkaran hebat selepas apa yg dia luahkan, tapi tidak. baru saja dia seolah- olah ingin memarahi aku, aku berjaya tenteramkan org itu dengan pujukan dan hujahku yang bagi aku ianya logik dan boleh diterima akal. agak panjang juga sessi perbincangan aku dengan org itu.

Aku mula terkejut apabila insan yang aku sayang ingin memilihku untuk terus bersama dengannya sehingga akhir hayat. namun aku sedar semua itu tidak boleh terjadi kerana ianya adalah satu kezaliman bagi beberapa insan yang lain yang turut sama berkongsi kasih dengan kami.

Dengan perasaan sayang aku nasihati insan yang aku rindui itu agar bertindak waras, adil dan saksama dalam menentukan pilihan. pasti ada jalan yang membuatkan semua org setuju dan gembira. termasuklah aku. pengakhiran mimpi itu seingat aku memang amat membahagiakan kami semua.

Paling mengembirakan aku, dalam mimpi itu aku siap berjabat tangan dan bersapa pipi ke pipi dengan orang itu. akhirnya mimpiku itu berakhir di situ. aku tersedar dari tidur dan aku perasan yang aku sedang tersenyum. rasanya amat berbaloi tidurku diganggu oleh mimpi itu.

Aku terus menadah tanganku ke hadrat Ilahi lantas aku berdoa;
"Ya Allah! Andainya mimpi itu adalah satu tanda ianya menjadi kenyataan, syukur Alhamdulillah. Namun andainya ianya hanyalah mainantidur, aku redha dan aku ucapkan terima kasih kerana menghadiahkan aku mimpi yang cukup indah bagiku."

Lantas aku bangun dari tidur dan menguruskan diriku untuk pergi kerja dan menyiapkan anakku untuk ke sekolah.