Anda penonton yang ke:

Isnin, Julai 04, 2011

ADAKAH ITU BENAR?

   Hari ini macam- macam terjadi padaku. Demam yang aku alami sejak minggu lepas tak juga sembuh. Selsemaku ini sentiasa buat hidungku berair, kepala pening, mulut berat aje nak bertutur. Badan plak rasa sakit sana, sakit sini. Serba tak kena.
   Dalam keadaanku seperti itu aku terima plak panggilan dari emak. Panggilan yang aku x nak jawab buat masa ni. Tetapi aku tidak dapat menolakuntuk menjawab panggilan itu kerana emak yang call. Aku dah tau apa tujuan mak call.
   Benar sekali dugaan aku. Mak meminta duit dariku supaya dia boleh mengikat jamin adikku yang sedang dalam tahanan akibat dadah. Hatiku ketika itu rasa kecewa kerana mak terlalu mengikut emosinya walaupun semua org menasihatinya agar dia bersabar menantikan pihak mahkamah menjatuhkan hukuman.
   Hampir bertekak aku dengan mak tadi kerana geram dengan sikap mak yang tak mau mendengar nasihat ayah dan anak- anak yang lain. Bukannya aku tidak mau ikat jamin adikku itu. tapi kalau difikirkan sekali lagi, cara itu bukannya menolong adkku tapi membuatkan dia tidak sedar dan tidak insaf dengan kesilapan yang dia buat. Bimbang kalau- kalau suatu hari nanti dia akan ulangi lagi tanpa rasa takut kerana dia tahu mak akan merayu pada kami adik beradik untuk usahakan dia keluar dari lokap. Geramnyaaaaaa...... Hanya Allah saja yang tahu apa yg ada dalam hatiku.
   Jam menunjukkan hampir 6 petang.Aku sepatutnya berjumpa dengan kak iza pukul 6 kerana dia berjanji nak bawa aku ke pusat rawatan alternatif islam memandangkan demam aku tak juga sembuh dan semangatku makin menurun. Di fikiranku ini masih memikirkan hal di kampung. Pasti mak sedang bermasam muka. Pasti mak sedang marahkan aku, mengata aku, mengutuk aku kerana tidak mahu mengikut apa yang emak mahu.
   Akhirnya dengan hati yang tulus ikhlas dan penuh keredhaan aku bulatkan hati aku untuk setuju memberikan mak duit yang dia mahu itu. Mungkin ini dugaan yang Allah berikan kepadaku agar rezekiku di masa akan datang lebih murah dan mendapat barakah. Lagipun aku baru memulakan perniagaan secara serius. Andaikata aku dikutuk, di caci oleh emakku, di manakah keredhaan yang seharusnya aku perolehi.
   Bagiku pada saat ini aku amat memerlukan restu dah doa dari ibuku agar hidupku suksess dan perniagaanku semakin berkembang dan diredhai Allah.
   Adakah pemikiran aku ini salah? ada juga aku terfikir, andaikata aku tidak menurut kemahuan ibuku dalam soal adikku,ianya bukan satu kesalahan. kerana yang benar kita turuti, yang salah(batil) kita ingkari. Tetapi sebentar kemudian datang pula sekali lagi tekadku agar aku berikan saja apa yang emak mahukan sementara belum ajal. nanti kalau mak dah tak ada menyesal tak terkira kerana buat emak menangis kesedihan.
   Aku gagahkan jua diriku dan keluar ke bank untuk tujuan itu. Apakah tindakan aku ini salah? tidak bijak? atau mengikut perasaan? aku keliru...