Anda penonton yang ke:

Ahad, Mac 06, 2011

IMBAU MASA LALU

   Sedang enak menjamu selera tetiba aku terpandang pada helmet hijauku yang agak berhabuk di sudut mejaku yang bersepah dengan pelbagai barang yang belum aku kemaskan. Nampak sangat aku ni malas nak berkemas. Tapi untuk apa aku nak berkemas. Bukan ada mak nak bebelkan aku. Bukan ada suami nak komplain kat aku. Anakku hanya tau makan, minum, main, tgk tv dan tidur. Baru berusia 4 tahun apalah yang dia tau.
   Pasal helmet aku tadi tu. Aku amat menyayanginya. Banyak nostalgia aku bersama helmet itu. Bila ku kenangkan balik, mau saja air mata ini berguguran. Semuanya indah belaka. Mau saja ku mohon pada Allah agar aku kembali semula ke masa itu dan aku mau lalui semula saat indah aku di sebuah perkampungan yang agak pendalaman.
   Di situlah aku ditugaskan buat pertama kali dalam hidupku. Walaupun pada mulanya aku tidak suka tempat itu kerana ia amat jauh dari keindahan bandar dan segala kemudahan yang biasa aku kecapi tiada di situ. Ketika itu aku berhasrat untuk mengisi borang pertukaran secepat mungkin. Lagipun mak aku juga mengeluh apabila melihat aku terpaksa di tempatkan di kawasan 'jin bertendang'.
   Lama kelamaan aku semakin seronok tinggal di situ. Semakin ramai kawan- kawan yang aku kenali. Di situ juga aku mula pandai bergaul dengan lelaki. Walaupun hanya beberapa orang sahaja staf lelaki di tempat kerjaku itu tapi ia sudah cukup untuk aku bergaul dengan mereka dengan baik.
   Dalam diam tak diam aku telah bertugas di situ selama 5 tahun di situ. Terlalu banyak kenangan indah, pahit, manis, suka, dukaku di situ. Dengan helmet itu aku pecut motorku ke merata tempat. Siapa sangka ketinggianku yang tak seberapa ini mampu menunggang motorsikal 110cc dari satu daerah ke daerah lain. Bersama rakan-rakanku yang turut sama menunggang motorsikal, kami kerap kali menghabiskan masa berkelah di air terjun yang berhampiran.
   Setiap kali kami pergi berkelah, pasti ada saja kenangan indah dan sesuatu yang baru yang aku pelajari. Indahnya saat itu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan