Anda penonton yang ke:

Rabu, Februari 16, 2011

SELAMAT TINGGAL 2010... ASSALAMUALAIKUM 2011

Indahnya menjelang tahun 2011. Timbul kembali perasaanku untuk menulis di blog ini. Ku tutup tirai 2010 serapat- rapatnya kerana terlalu banyak kisah duka lara yang harus aku cuba lupakan supaya 2011 aku harungi dalam keadaan yang meriangkan hatiku.

Siapa tahu... Moga 2011 menjanjikan aku sesuatu yang di luar jangkaan aku. Mungkin ada sinar bahagiaku bermula tahun ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Awal 2011 ini kerjayaku semakin stabil semula. Sejak 2005 kerjayaku begitu goyah kerana aku dikelubungi pelbagai cerita, nostalgia dan titisan air mata yang orang lain cuma bisa berkata,
"kesian awak."
"Awak kena tabah ye..."
"Allah nak menguji awak kerana awak memang mampu hadapinya..."

Tapi aku sendiri tidak pasti sama ada kata- kata mereka itu peransang bagiku atau mengejek aku. Mereka tidak rasakan apa yang telah aku rasakan. Ada mata hanya melihat kesilapan aku. Ada mata hanya melihat hidupku macam drama di televisyen. Yang perit menanggungnya adalah aku.

Selamat tinggal 2010. Terima kasih Ya Allah kerana aku dipilih oleh-Mu untuk meneruskan kehidupan di tahun 2011. Walaupun beberapa hari yang lalu terjadi beberapa kisah yang hampir menitiskan air mataku, namun semua itu angkara tindak tandukku yang kurang bijak pada tahun 2010.

Aku amat yakin, Allah mengasihani aku, dia mendengar setiap apa yang aku luahkan dan Dia amat sayangkan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan